ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN) merupakan suatu gerakan rakyat akar umbi yang berpendapat bahawa tenaga nuklear tidak bersih, murah, selamat ataupun diperlukan bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia.

Dengan itu, AMAN menentang rancangan pembinaan loji tenaga nuklear oleh kerajaan di Malaysia.

Setuju dengan Tuntutan AMAN

AMAN di sini ingin secara ringkasnya ingin menyatakan tuntutan kami seperti berikut:
1. Membatalkan rancangan Loji Nuklear di Malaysia
2. Meningkatkan penjimatan dan kecekapan tenaga
3. Menambah tenaga dari sumber boleh diperbaharu

Butiran lanjut mengenai tuntutan dan 7 dasar bantahan AMAN adalah dilampirkan.

AMAN menyeru semua JIKA SETUJU untuk menzahirkan persetujuan menuntut pembatalan rancangan pembinaan loji nuklear yang sememangnya akan membawa mudarat kekal kepada negara ini.

Anda boleh menyatakan persetujuan ke atas tuntutan dengan:

1. Menandatangani petisyen kami di http://amantinuklear.org/petisyen
2. Menggunakan poster yang dilampirkan untuk menzahirkan sokongan di media sosial – Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Jutaan terima kasih buat sokongan anda.

ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR

Facebook: ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR

Twitter @AMAntiNuklear

Instagram @AMAntiNuklear

Website: http://amantinuklear.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *