AMAN_LOJI_NUKLEAR_FORUM_271214

Forum Loji Nuklear Mudarat Kekal pada malam 23 Disember 2014 membuka tirai dan melancar satu gerakan yang membantah pembinaan dua buah loji nuklear yang bakal dibina menjelang 2015.

Penyertaan Malaysia ke forum AMAN sebagai langkah untuk mendengar sendiri “luahan” tiga panel forum yang terdiri daripada pakar-pakar tenaga Prof Ir G Lalchand, Prof Tan Ka Kheng dan Datuk Dr Ronald Mccoy.

Forum AMAN ini menjelaskan secara kolektif bagi masyarakat yang masih tertanya: adakah Malaysia akan membina loji nuklear? serta melancarkan AMAN yang akan mendesak kerajaan membatalkan pembinaan loji nuklear.

Moderator forum, Anas Alam Faizli menjelaskan tujuh dasar penentangan loji nuklear satu persatu sepanjang forum berlangsung dan dilontarkan kepada tiga panel forum.
Tujuh dasar itu adalah tidak murah, tidak bersih, tidak selamat, sumber tenaga yang sedia ada dan dirancang cukup, trend penurunan tenaga bersumberkan nuklear, kebergantungan tenaga dan sumber bakar nuklear kepada kuasa asing, serta penghasilan by-product plutonium yang boleh disalahgunakan sebagai senjata nuklear.

Perbahasan diteruskan membandingkan kebaikan dan risiko pembinaan loji nuklear yang akan dibina pada tahun 2015 yang memberikan gambaran rakyat masih tidak cakna sepenuhnya terhadap isu-isu kritikal ini.

Menurut ETP (Economic Transformation Program), sumber loji nuklear dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kerana dikatakan kos pembinaan adalah jauh lebih murah dan kesinambungan ekosistem berterusan adalah memberi pulangan yang baik kepada alam sejagat seperti pelepasan karbon dioksida boleh dikurangkan.

Bagaimanapun kita juga perlu tahu kitaran proses tenaga nuklear secara totalnya akan menghasilkan sejumlah besar sisa radioaktif yang berbahaya selain sumber tenaga yang lain.

Persoalannya, bagaimana pengurusan dan lokasi tapak sisa bahan buangan radioaktif itu dilupuskan dan diuruskan memandangkan sisa radioaktif kekal selama-lamanya beribu-ribu tahun?

Jangan dikatakan kita bakal menjadi generasi pasca-Chernobyl dan Fukushima disebabkan ketidakpedulian kita terhadap isu kuasa tenaga nuklear. Ke mana hilangnya suara kita? Tidak didengar? Atau masih tidak kuat untuk mematahkan fakta pro-nuklear yang justifikasinya banyak tidak mengambil kira kesan pembinaan loji nuklear di Malaysia?

Pakar Keberkesanan Tenaga, Zaini Abdul Wahab pernah menghujahkan kepada parlimen Malaysia sebelum ini, Energy Efficiency (EE) boleh menghasilkan 3,000 MW iaitu bersamaan dengan tiga buah loji nuklear.

Justifikasi dan fakta empirikal yang diterangkan beliau kepada pihak kerajaan seakan melukut di tepi gantang. Penjimatan kerberkesanan tenaga dan penjanaan kos sekurang-kurangnya satu billion dalam tempoh lebih kurang sepuluh tahun boleh bertahan.

Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan mempunyai alternatif selain daripada tenaga nuklear. Bagaimana penghujahan fakta dan prinsip untuk pembinaannya, mereka masih tetap berdegil untuk menggunakannya sebagai tenaga utama? Adakah ini kerana bahana kapitalisme dan kronisme?

Malaysia antara negara penjana tenaga yang terbaik dan tertinggi di Asia Tenggara, bagaimanapun kita negara paling membazir dalam penggunaan tenaga elektrik sama seperti Timor Leste.

Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan penolakan pembinaan loji nuklear kerana lebih banyak kesan negatif berbanding positif. Empangan Bakun, Sarawak boleh menampung sumber tenaga elektrik yang berkapasiti 2,400 MW. Malangnya, kos untuk membawa tenaga elektrik dari Sarawak ke Malaysia sangat mahal, setinggi 11 bilion untuk membina kabel bawah laut tersebut.

Kita imbas kembali peristiwa tsunami sepuluh tahun yang lepas yang menggegarkan negeri persisiran pantai terutamanya Banda Acheh Indonesia, Thailand, Maldives, India dan Sri Lanka yang berlaku di lautan Hindi. Malapetaka besar yang menggegarkan kerak bumi di dasar laut, merubah kedudukan geografi sehingga menyebabkan 230,000 nyawa terkorban.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga mengalami tempias tsunami kecil, terutamanya di perairan Penang, Kedah dan Perak yang mengorbankan lebih 60 orang. Rentetan peristiwa ini, adakah kemungkinan Malaysia negara yang termasuk negara yang terdedah dengan malapetaka alam yang dahsyat disebabkan kit persediaan ciri-ciri keselamatan masih lagi di tahap lemah dan pakar dalam pelaksaan menyelesaikan bencana alam masih kurang?

Dalam pada itu juga, Malaysia mahu membuat loji nuklear yang masih enteng dan tiada asas kukuh? Bagaimana pula polisi kerajaan dari sudut keselamatan yang kemungkinan Malaysia akan terjadi seperti di Fukushima?

Polisi keselamatan juga membawa dimensi nuklear adalah tenaga yang amat berbahaya bagi sejagat awam. Bayangkan jika saiz Malaysia yang keluasannya tidak mencapai satu per empat daripada negara Jepun mahupun Ukraine, atau Jerman.

Keluasan yang sangat kecil untuk impian membina loji nuklear. Dengan kepadatan penduduk Malaysia yang berkapasiti 30 juta. Kita hidup bersama dengan radiasi nuklear yang sangat dekat dan sesak dengan masalah kesihatan yang kritikal.

Jelas sekali, selepas peristiwa kebocoran radiasi nuklear tahun 1980-2003, 16% dewasa dan kanank-kanak mendapat barah tiroid, 11% leukimia dan orang dewasa pula mengalami penyakit katarak yang kritikal.

Alangkah malang sekali menjadi generasi Chernobyl dan Fukushima lagi sekali. Berulang kembali malapetaka itu bukanlah satu impian, tetapi ia bakal terjadi sekali lagi realitinya kerana banyak kepincangan yang kita lalui.

Bukan setakat masalah domestik Malaysia, bahkan di peringkat keselamatan pembinaan kita masih lagi di tahap hijau inikan pula untuk membuat projek yang melibatkan sejagat.

Saya setuju dengan tiga tuntutan AMAN iaitu:

a) membatalkan pembinaan loji nuklear
b) meningkatkan penjimatan dan kecekapan tenaga
c) menambah sumber tenaga dari tenaga boleh diperbaharui.

Anda bagaimana? Bangun bertindak – aktif sekarang lebih baik dari menjadi radioaktif di hari besok! – 28 Disember, 2014.

* Penulis sedang melanjutkan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Nutrisi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan seorang aktivis Anak Malaysia Anti Nuklear (AMAN).

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/loji-nuklear-di-malaysia-mudarat-kekal-nurliyana-najwa-md-razip?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.fZjh0bHf.dpuf

One thought on “Loji Nuklear di Malaysia Mudarat Kekal – Nurliyana Najwa Md Razip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *