cropped-HEADER-AMAN-012.jpg

Objektif / Objective:

ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN) merupakan suatu gerakan rakyat akar umbi yang berpendapat bahawa tenaga nuklear tidak bersih, murah, selamat ataupun diperlukan bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. Dengan itu, AMAN menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia.

ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN) is a grassroots citizen movement that is convinced that nuclear power is not cheap, clean or safe and that it is not required for the generation of electricity in Malaysia. AMAN therefore rejects the construction of any nuclear power plant (NPP) in Malaysia.

Tuntutan / Demands:

AMAN mendesak kerajaan supaya membatalkan rancangan EPP11: Menggunakan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Kuasa, yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi menukar fokus kepada penjanaan kuasa melalui tenaga boleh diperbaharui (RE) serta inisiatif keberkesanan tenaga (EE) untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

AMAN urges the government to abort EPP11: Deploying Nuclear Energy for Power Generation, which is part of the Economic Transformation Programme (ETP), or any other similar plan, but instead concentrate and focus efforts on renewable energy and energy efficiency.

Dasar Bantahan / Basis of Objections:
1. Loji tenaga nuklear adalah sangat mahal dan merupakan langkah ekonomi yang tidak bijak. Ini mengambil kira kos dari pembinaan, operasi, serta aspek pengurusan sisa-sisa nuclear hinggalah penyahtauliahan (penutupan) sesebuah loji itu. Jika diambil kira isu sumber uranium yang bukan sahaja berbahaya tetapi juga mahal, ternyata langkah ini adalah satu kemunduran. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya RM350billion diperlukan bagi proses penutupan 40 buah loji nuklear dalam 25 tahun yang akan datang.

A nuclear power plant is an enormously expensive and economically unwise project, from the construction and operating costs to the management of nuclear waste and eventual decommissioning of the plant. Factor in the dangerous and high cost of uranium required and you have an economically backward move. The International Atomic Energy Agency has stated that it will take at the very least $100 billion over the next 25 years to decommission 40 nuclear power plants.

2. Dewasa ini, bencana alam sering berlaku disebabkan perubahan iklim, loji tenaga nuklear jelas sangat terdedah kepada risiko tinggi bencana alam, seperti yang dilihat ketika peristiwa Fukushima, Jepun. Tiada jaminan loji nuklear 100% selamat daripada kesilapan operasi ataupun sabotaj mahupun ancaman pengganas. Malaysia langsung tidak bersedia untuk kejadian sebegitu, yang akan menyebabkan negara ini tidak akan dapat didiami untuk beratus tahun.

With the increasing likelihood of serious natural disasters as a result of climate change, NPPs will prove to be vulnerable to natural disasters and accidents, as with the recent Fukushima nuclear power plant disaster. There is also no 100% guarantee that a NPP is safe from human error, sabotage or terrorist attack. Malaysia is not equipped to handle such catastrophic nuclear disasters which will make large areas of the country uninhabitable for hundreds of years.

3. Tenaga nuklear tidak selamat, semacam bom jangka yang bakal meletup pada bila-bila masa. Meski pun, penyokong industri nuklear pula mengatakan sebaliknya, tetapi tetap juga berlaku bencana seperti Fukushima yang belum lagi ada jalan penyelesaiannya. Sudah terang lagi bersuluh, ancaman paling hebat terhadap kesihatan manusia berpunca daripada radiasi  sisa-sisa nuklear yang akan kekal sebegitu bagi tempoh beribu-ribu tahun serta tiada kaedah untuk pelupusan kekal dan selamat.

Nuclear power is not safe and has proven to be a ticking time bomb. Proponents of the nuclear industry claim that nuclear power plants are safe, and yet the human and environmental disaster of Fukushima continues to worsen and defies any solution. It cannot be over emphasised that the greatest danger to human health comes from radiation emitted by nuclear waste, which remains radioactive for thousands of years and yet cannot be disposed of safely, ever since the beginning of the nuclear age.

4. Malaysia tidak perlu mendirikan loji tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik kerana penjanaan sekarang dan yang sudah dirancang serta daripada sumber-sumber lain mencukupi. Malah, usaha perlu ditumpukan untuk Tenaga boleh diperbaharui dan juga tenaga lestari yang boleh mengurangkan sehingga 30% penggunaan elektrik.

There is no need to build a nuclear power plant to generate electricity as Malaysia’s existing and planned electricity by other means is sufficient. Instead, there should be a concerted effort to explore into Renewable Energy for greener growth, as well as energy efficiency which can reduce up to 30% of power consumption.

5. Selain daripada negara China, kadar pembinaan loji tenaga nuklear sedang menjunam, dengan satu sahaja loji tenaga nuklear yang sedang didirikan di Amerika Syarikat. Di negara Jerman pula, mereka telah menggubal undang-undang sedia ada supaya tenaga nuklear dihentikan menjelang tahun 2022 dan negara Perancis juga akan berbuat demikian.

Apart from China, the rate of construction of NPPs is skydiving, with only one NPP being constructed in the United States. By law, Germany will end its use of nuclear power by 2022, and France plans to do the same.

6. Jika Malaysia memilih menggunakan tenaga nuklear, Malaysia akan terpaksa bergantung kepada kuasa asing bagi teknologi serta bekalan sumber nuklear. Hal ini akan mengganggu keselamatan sumber tenaga Malaysia.

A nuclear power plant will make Malaysia dependent on foreign technology and dependence on foreign supply of nuclear materials will impact on energy security.

7. Loji nuklear juga akan menghasilkan plutonium yang boleh disalahgunakan, lalu membuka ruang untuk percambahan senjata nuklear. Hal ini secara langsung melanggar dasar Malaysia yang sudahpun menentang penggunaan senjata nuklear.

A nuclear power plant will open the doors to the misuse of plutonium, leading to nuclear weapons proliferation, although Malaysia has always opposed the use of nuclear weapons and advocates the elimination of nuclear weapons.

Hubungi Kami:

Laman FB: https://www.facebook.com/anakmalaysiaantinuklear
Group FB: https://www.facebook.com/groups/amantinuklear/
Email: amantinuklear@gmail.com
Laman Web: http://amantinuklear.org
Twitter: @AMAntiNuklear

Jika anda berminat untuk menyertai AMAN, sila isi borang pendaftaran AMAN.